1. Duduk, merangkak dan berdiri
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah  mula  duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak  atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung  bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan  untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik  ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda  dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan  berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan  menggunakan perabot untuk bergantung.
Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi  anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini  adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat  dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar,  jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai  persekitarannya dan menyedari batas-batas nya. Jika anda dapat menahan  gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia  membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah 
berusaha  untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai  contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak  jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang  jarang dimasuki oleh bayi.


 = Aisyah mmg da lama blh duduk, skrg ni dia suka duduk smbil main mainan dia..= Merangkak, Aisyah da blh merangkak da..tp malas..dia lg suke mengengsot, bile hampir smpi tempat yg dituju, br dia merangkak..= Berdiri - tu mmg keje dia skrg ni..nmpk je sofa or kaki orang, dia akan angkat bontot dia n naikkan bdn sambil berpaut...pastu aisyah akan berdiri sam bil main mainan dia2. Menggunakan tangan Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan  menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini,  bayi anda juga mah ir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut seke ping  makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga  telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk  menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan  dirinya untuk 
pegangan  menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia  mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.
= 
Mengepit brg dgn dua jari??? Yg ni tak perasan lg..3. Sifat semakin emosional Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda  mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman  kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu  jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan  belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan m ungkin akan menunjukkan  cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang  menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.
= Suke kempiskan pipi dia n buat bunyi mcm cium tu..(relevan tak dgn tajuk dia??? hihihihi)
4. Apabila berpisah Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula  menunjukkan tanda-tanda 
kebimbangan  berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau  bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia  penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau  bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi  anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman  ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda  membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan  membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri  dengan orang lain.
Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan  beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah  hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia.  Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis,  tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok  juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan  seorang 
pengasuh  yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah  apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa  sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan  menyanyi dengan lembut bersamanya.
Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini  bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu  juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa  bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk  melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses  ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain,  jadi ikutlah kata hati anda.
5. Mengeksplorasi objek Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan  menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada  cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut.  Idea bahawa kita 
melakukan sesuatu kepada objek sudah mula  timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat  banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit,  digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan  measyikkannya.
Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut  semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi  anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya  mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.
Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait  dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih  kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan  mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk  kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan  yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat -  memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan  telefon mainannya.
= yg ni mmg perasan sgt..dlm dua hari ni, bile abah letak aisyah atas sofa..dia akan ke tepi sofa tu sambil bwk mainan dia..aisyah baling ke bwh mainan dia, bile abah amik bg dia blk, dia akan baling ke bwh lg..smpi abah penat, br abah letak aisyah kt bwh blk..tak kisah la kan, sbb abah kan mmg suke lyn aisyah..6. Penglihatan yang semakin baik Bagi bayi anda 
  penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi  kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya  masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup  baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.