Wednesday, 14 July 2010

Perkembangan bayi anda pada usia 8 bulan

1. Duduk, merangkak dan berdiri

Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.

Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batas nya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.


= Aisyah mmg da lama blh duduk, skrg ni dia suka duduk smbil main mainan dia..
= Merangkak, Aisyah da blh merangkak da..tp malas..dia lg suke mengengsot, bile hampir smpi tempat yg dituju, br dia merangkak..
= Berdiri - tu mmg keje dia skrg ni..nmpk je sofa or kaki orang, dia akan angkat bontot dia n naikkan bdn sambil berpaut...pastu aisyah akan berdiri sam bil main mainan dia

2. Menggunakan tangan

Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mah ir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut seke ping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.

= Mengepit brg dgn dua jari??? Yg ni tak perasan lg..

3. Sifat semakin emosional

Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan m ungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.



= Suke kempiskan pipi dia n buat bunyi mcm cium tu..(relevan tak dgn tajuk dia??? hihihihi)

4. Apabila berpisah

Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tanda kebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.

5. Mengeksplorasi objek


Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.

Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.

= yg ni mmg perasan sgt..dlm dua hari ni, bile abah letak aisyah atas sofa..dia akan ke tepi sofa tu sambil bwk mainan dia..aisyah baling ke bwh mainan dia, bile abah amik bg dia blk, dia akan baling ke bwh lg..smpi abah penat, br abah letak aisyah kt bwh blk..tak kisah la kan, sbb abah kan mmg suke lyn aisyah..

6. Penglihatan yang semakin baik

Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.

Friday, 9 July 2010

Supplement


psl aisyah umairah
mama takleh bg lg preview psl susu mamex gold tu
sbb br bg susu tu kt taska utk try test

.

.

.


ade org kata susu ni blh bykkan susu n byk khasiat dia
so, mama nk try kerana susu mama sudah drop lorrrrrr
mama beli dr auntie sazzuana
byr dua kali, hihihihi
br dpt thari td
bile mama da start minum, mama akan bg preview
tq auntie sazzuana
jasamu dikenang

.

.

.


yg ni lak
utk muka mama
sejak pakai produk simply siti tu
muke mama mmg agak teruk
muke agak kusam, kering n byk tumbuh jerawat
so, mama kene bertukar blk ke syahirah
yg mama pasti, muke mama ni takleh guna produk yg mahal2
kene produk yg ekonomik je
walaupun sudah bersalin, muke kene jaga hokeyyyyy
hihihi

Tuesday, 6 July 2010

Fening





Aduhhhh
Pening lg sekali memikirkan anak kesayangan mama ni
Lps mama demam panas last week
susu mama drop gile

Lastweek mama bwk Aisyah g Azzahrah lg sekali
memandangkan Aisyah yg kerap demam
Kami jd risau
bile jumpa dgn doktor hafidz
doktor tgk rekod Aisyah, boleh dikatakan tiap2 bulan AIsyah dtg klinik
klu tak sbb demam, sbb sesemer

So, doktor hafidz suggestkan jumpa doktor pakar kanak2
dgn segera, kami buat appointment

pukul 8.30 mlm
kami berjumpa dgn doktor nik rose
dia check paru2 Aisyah, jantung Aisyah
semua ok
dia tgk pun Aisyah agak aktif dan lasak
Dia ckp yg kalori dlm bdn AIsyah tak cukup
Dia minum susu cukup utk menampung aktiviti dia shj
tak dan nk jd lemak
so, doc pun bg sample susu SIMILAC NEOSURE utk bdk yg kurang berat bdn
doc suh cuba dulu, klu dia nk minum, br beli
kot tak, nanti membazir lak kan

tp dua hari ni
mama try bg Aisyah minum susu tu
dia tak nk minum sgt, 2oz pun jenuh nk menghabiskan
mcm mane nk buat ni
ptg smlm, elok je AIsyah menegngsot, tibe2 dia benti
tak lama lps tu dia menangis
rupe2nye dia berak keras
aduh, ciannya ank mama ni, bile mama basuh, dia nangis, pedih la tu

thari td mama g jugakke manjaku
nk beli kan susu utk Aisyah

Pilihan mama

1. SIMILAC NEOSURE - nk beli tak nk...tp bile piki yg AIsyah mmg tak nk minum susu tu n lg2 bile AIsyah berak keras, mama tak jd la beli

2. ANMUM - ni ade trial pack..tp.....hmmm...tgk susu lain dulu la

3. MAMEX GOLD - ni pun ade trial pack..dulu akak ipar aku bg ank dia minum susu ni

pilih2 punya pilih, baca punya bace, belek punye belek
akhirnya

.

.

.

mama pilih susu ni la


mama beli dua kotak, satu rm5.00
mama nk tgk Aisyah suke tak minum susu ni n yg paling penting bile Aisyah buang air
ok tak
next time mama bg preview hokeyyyyy

.

.

.

.




n
lagi satu
mama singgah farmasi nk beli appeton infant drops ni
sekali sehari mkn
ni utk tambahkan selera mkn Aisyah

harap2 ok la


Tuesday, 22 June 2010

Amira Farhana



Amira farhana

Gmbr kt atas ni gmbr ank buah aku..anak sulung kepada satu2nya kakak aku dunia akhirat..hihiihhi..
Smlm kakak ckp amira demam panas blk, g klinik dpt surat suh g hospital plak..aku kol tanya mcm mane, akak ckp kene amik darah..hari ni, doc kt hospital tu suh g pusat kesihatan lak, suh amik darah lagi...cian miya..sabar ye miya..miya kuat kan...n cpt2 sembuh k..nanti kite nk g spore kan...

Mood...Mood...Mood...



Seyes aku ckp, this week takde langsung mood nk bekerja..mood bercuti telah mari..
tak sabar nye aku nk cuti..nk balik singapore, jumpa sedara2 kt sana..mereka2 jer la sedara kami bila mama n abah da meninggal..kt cni kami adk beradik je la yg tinggal..huhuhu...sedihhhh...ish...tak mo sedih2... kite kene sentiasa hepi hokeyyyy, nk cuti ni..kekekeke

aku kire2..hmmmm...akhir sekali aku g singapore masa dani kawin, kirenye dlm bulan 7 thn lps klu tak silap..mak aih..nk dekat sethn tu tak blk..yg buat aku lg tak sabar, sbb kali ni aku blk dgn AISYAH UMAIRAH... yeah..yeah...tu yg berkobar2 lg tuh.. :)

plan awal2, aku g dgn dear hari sabtu pg, sbb dear tak dpt cuti jumaat tu..ok la, aku tak kesah pun.. lps tu, kakak suh aku teman dia lak sbb baby tak dpt cuti gak..hmmmm...bile aku tanya dear, dear ckp ikot b lah..dear nanti gerak dgn boboy pg sabtu..ape lg, aku pun buat keputusan yg aku g dgn kakak hari khamis ptg or jumaat pg...wahhhhhh...seronok tau...

lg dua hari aku akan bercuti panjang , meninggalkan malaysia (takde la pjg mane pun, hari isnin da blk cni da)..hihihii

ape2 pun..aku hepi...

SINGAPORE!!!!!! HERE WE COME!!!!!

p/s: kepada sedara2 ku di singapore, tunggu kedatangan kami ok...yeehaaaaa......

Thursday, 10 June 2010

Br upload










br nk upload gmbr mase g kenduri kahwin member abah
tak byk pun gmbr nye...

Tuesday, 8 June 2010

Perkembangan Aisyah 7 bulan 8 hari

Hari ni Aisyah da 7 bulan 8 hari

Perkembangan Aisyah setakat ini hari:


* Berat
- Last sekali timbang mase Aisyah genap 7bulan..Aisyah demam panas, smpi cecah 38.7..So kami g klinik...berat Aisyah 6.6kg

* Gigi
- Aisyah sudah ade 4 batang gigi ye (demam panas hari tu rupe2 nye sbb gigi)... Atas da jelas nmpk 2 batang yg besar..hihiihi...gigi bawah da ade rase tajam, 2 batang jugak..tp tak nmpk lg..tak dpt nk amik gmbr gigi Aisyah sbb dia jenis yg tak reti duk diam..

* Susu
- hmmm...hal ni yg sedih kit nk bgtau ni..Aisyah kurang nk minum susu yg di pam..dia lebih suka yg fresh..Kt umah mmg direct feeding...tp kt nursery, kdg2 pakai susu FM.. Susu frisolac Aisyah tak suke..dia suke susu dumex dupro..so, mama n abah belikan lah jugak, drpd dia tak nk minum kan..sekali minum 5.0 oz sekarg ni n laju je dia minum..

* Memanjat
- Aisyah suke panjat bdn abah n mama skrg ni..pantang tgk mama n abah baring, dia pun dtg mengendeng..

* Merangkak
- Keje Aisyah yg masih in progress...skrg ni Aisyah angkat bontot n goyang kan ke depan n blkg...Chaiyuk2 Aisyah..tak sabar nk tgk Aisyah merangkak...pasti comel kan..(puji sendiri la plak)

* Duduk
-suke btol Aisyah bile didudukkan...Aisyah da kuat da, boleh duduk tanpa sokongan..

* Melonjak -lonjak
- Pantang sesape pegang Aisyah, Aisyah akan melompat-lompat dan melonjakkan badan.. naik lenguh tgn dibuatnya..

* Lasak
- bak kata nenek n atuk, sgt lasak ini Aisyah yer...kecik tp tenaga kuat...

* Tak takut orang
- Alhamdulillah...sekarg ni Aisyah tak takut org..dulu mungkin..tp sekrg, bile nmpk org yg dia tak kenal, dia akan wat muke blur dulu...tp bile org nk dukung dia, dia nk aje...

p/s: gmbr takde utk post kali ni..

Related Posts with Thumbnails

Followers

 
blog template by suckmylolly.com